“Alam semula jadi adalah paling dekat dengan kesempurnaan.”

VISI PEREKA,
KOMITMEN JENAMA

Visi jenama Giorgio Armani dicerminkan oleh penggunaan bahan bermutu tinggi berinspirasikan hubungan dengan alam semula jadi, hinggalah produk yang menampilkan semangat Giorgio Armani yang tidak lekang dek masa.

Operasinya sebagai perniagaan kecantikan global yang bertanggungjawab mencerminkan nilai-nilai asal pereka Itali ini, yang diterjemahkan kepada tiga aspek, yakni ketahanan produk dan bahan, penyumberan bahan, serta komitmen terhadap kelestarian air.

DIREKA UNTUK BERTAHAN LAMA

Cita-cita Giorgio Armani untuk bertahan lama meliputi pelbagai inisiatif, termasuklah format produk yang boleh diisikan semula, butik model fleksibel dengan modul dan pembungkusan yang boleh digunakan semula, yang diperbuat daripada plastik PCR dan kaca yang dikitar semula. Strategi reka bentuk keseluruhannya yang bertahan lama dan bercita-cita tinggi telah diterapkan ke dalam mana-mana projek dari mula hingga akhir.

“Saya suka perkara yang dapat menempuh ujian masa.”
Armani to go
Keep Nature Alive

HIDUPKAN ALAM SEMULA JADI

Sejajar dengan keprihatinan Giorgio Armani terhadap butiran serta penggunaan bahan semula jadi, program tanggungjawab sosial jenama ini, ‘Solidarity Sourcing’ memberikan sumbangan dengan menyokong komuniti penternakan dari segi kewangan, di samping melaksanakan pendekatan kelas mewah dan bertahan lama.

Madagascan vanilla, Guatemalan patchouli dan Brazilian mandarin merupakan antara inisiatif positif terbesar yang diambil oleh jenama ini.

ACQUA FOR LIFE

Dalam sepuluh tahun lalu, inisiatif “Acqua for Life’ Giorgio Armani telah memberikan sokongan kepada komuniti-komuniti yang paling kurang berkemampuan di dunia dengan menyediakan akses kepada air yang bersih lagi selamat.

Komitmen ini disokong oleh pelaburan bernilai 7.7 juta Euro setakat ini, dan telah memberi manfaat kepada 195,000 orang di seluruh dunia. Malahan, kempen ini terus menggalakkan penglibatan masyarakat yang aktif bagi meningkatkan kesedaran.

Aqua for Life

SURAT BERITA

Terokai dunia Kecantikan Giorgio Armani.
Daftarkan untuk program A-list kami bagi menerima e-mel Surat Berita kami dan nikmati pelbagai manfaat khas untuk ahli sahaja.

#ARMANIBEAUTY

TEROKA, IKUT DAN KONGSI